GEORGE TOWN: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dilantik sebagai pengerusi Yayasan Pendidikan Wawasan (WEF) berkuat kuasa 23 Oktober. Koh, 64, yang juga pro canselor Universiti Terbuka Wawasan (WOU), menggantikan Datuk Seri Stephen Yeap, yang berkhidmat sebagai pengerusi WEF selama 10 tahun. Yeap pula dilantik sebagai pengerusi WOU Sdn Bhd, yang sebelum ini disandang mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik. Naib canselor WOU Prof Datuk Dr…