Gerakan menyokong pelaksanaan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diwujudkan ketika pentadbiran BN sebelum ini, tetapi dengan beberapa penambahbaikan, kata Presidennya, Dominic Lau. Lau berkata antaranya merupakan pengurangan kadar kepada 3 peratus bagi merangsang perniagaan yang mampu meningkatkan peluang pelaburan dan pekerjaan serta pendapatan boleh guna yang tinggi untuk rakyat. "GST adalah sistem cukai yang lebih mudah, telus dan lebih cekap, ia akan dapat meningkatkan hasil dan menggerakkan pertumbuhan…