KUALA LUMPUR – Cara berpolitik yang membawa unsur perkauman harus dihentikan kerana ia boleh menghalang pembangunan dan kemajuan negara. Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, beliau bersetuju dengan saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa agar politik perkauman dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini ditamatkan. “Beliau (Muhyiddin) percaya bahawa masalah terbesar yang dihadapi oleh Malaysia ialah ‘politik perkauman’. “Kenyataan dan tindakan…