KUALA LUMPUR – Hanya komitmen dan kerjasama rakyat sahaja mampu menyelamatkan Malaysia daripada wabak Covid-19 menjadi semakin buruk. Ketua Biro Perpaduan Parti Gerakan, H. Puvaniten mencadangkan supaya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikuatkuasakan di Simpang Renggam dan Hulu Langat diperluaskan ke zon-zon merah yang lain. Ini kerana ujian pengesanan berskala besar dan pantas perlu dilakukan di kawasan terbabit. Tambah beliau lagi, tindakan kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga…