KUALA LUMPUR 30 Julai - Kerajaan perlu meneliti permohonan bagi mendapatkan kewarganegaraan Malaysia dengan lebih tegas dan adil bagi mengelakkan sebarang unsur penipuan mahupun rasuah. Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, cadangan tersebut dibuat selepas keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mahu mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) permohonan kewarganegaraan bagi memastikan setiap permohonan dipertimbangkan secara lebih teliti, adil dan cepat. “Kami gembira melihat keputusan KDN untuk…