PULAU PINANG 31 Dis. - Parti Gerakan mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhenti menjadi kerajaan populis sebaliknya mencari jalan mengatasi permasalahan sebenar rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup. Menurut Timbalan Presidennya, Oh Tong Keong, dalam konteks di negeri ini misalnya, data daripada Perkeso menunjukkan seramai 1,429 orang kehilangan pekerjaan setakat November lalu dengan 643 mereka terpaksa mengambil skim pemisahan sukarela (MMS). Tambah beliau, trend kehilangan pekerjaan dalam kalangan rakyat…