SHAH ALAM – Demi kepentingan Barisan Nasional (BN), Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil wajar mengosongkan jawatannya dalam Kabinet, dan memberi tumpuan ke atas usaha memerangi serangan Pakatan Rakyat (PR) terhadap keluarganya berhubung kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC). Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, walaupun saranan itu merupakan satu pengorbanan di sebelah pihak, tetapi langkah tersebut satu langkah bijak untuk menyelamatkan BN daripada…