KUALA LUMPUR - Cadangan bagi projek pembinaan pusat penyembelihan ayam di Pasar Harian Selayang, perlu dibatalkan kerana hanya akan menimbulkan masalah untuk jangka masa panjang terutamanya kepada penduduk di empat kawasan perumahan berhampiran.Bantahan itu dikemukakan lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk empat persatuan penduduk bagi Taman Wilayah Selayang, Taman Sri Murni, Taman Desa Bakti dan Kampung Selayang Lama.Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Penduduk berkenaan, Mohammad Noor Said berkata, kira-kira 3,000 penduduk berisiko…