KUALA LUMPUR 20 Julai - Gerakan, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) akan mengadakan perbincangan rasmi tentang pembentukan satu parti baharu yang berasaskan kaum Cina selepas kesemuanya selesai mengadakan pemilihan. Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, perbincangan yang julung kali akan diadakan itu menjurus kepada kepentingan untuk mewujudkan satu entiti parti kaum Cina yang menggabungkan kesemua parti Cina dalam Barisan Nasional (BN). ''Saya bersama Presiden MCA, Datuk…