Perpaduan Kaum Tonggak Keharmonian, Keamanan Negara - Zambry - Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Perpaduan Kaum Tonggak Keharmonian, Keamanan Negara - Zambry

IPOH, 14 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata perpaduan kaum merupakan tonggak dalam memastikan keharmonian dan keamanan negara terus kukuh.

Beliau berkata usaha berterusan dalam memastikan negara terus makmur perlu dipikul bersama oleh semua pihak tanpa mengira kaum dan agama.

"Kami berharap ketibaan Tahun Monyet tahun ini dapat memberi satu semangat kerana ia merupakan lambang kebijaksanaan yang akan membawa negeri ini khususnya, terus maju," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan Perak di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Tak, Kampung Simee di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, Penasihat Gerakan Tan Sri Chang Ko Youn, Pengerusi MCA Perak Datuk Mah Hang Soon serta kira-kira 1,000 tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Pada majlis itu, Zambry turut menyampaikan sumbangan berupa bekalan makanan kepada 20 penerima yang disediakan oleh Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan.

-- BERNAMA




Source: 

Search

Calendar

Top

Follow @partigerakan