Hentikan pengedaran kalendar ‘puja’ Anwar – Gerakan

SHAH ALAM 28 Dis. – Tindakan pihak tertentu cuba mengedarkan kalendar 2016 yang tertera tarikh lahir Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tarikh hukuman penjara yang dikenakan ke atas bekas Ketua Pembangkang itu atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya sebagai hari paling penting dianggap tidak wajar.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang (gambar) berkata, perbuatan tersebut seolah-olah satu penghinaan terhadap tarikh-tarikh penting lain yang di­sambut setiap tahun seperti Awal Muharam, Maulidur Rasul, ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan ­Agong, Tahun Baharu Cina dan Deepavali.

Menurutnya, tindakan itu juga menunjukkan ada pihak tertentu cuba mengagungkan Anwar dan menjadikan bekas Penasihat PKR itu lebih diutamakan daripada tarikh-tarikh pen­ting lain.

“Siapa Anwar? Dia seorang manusia yang disabitkan dengan kesalahan seksual. Mana boleh buat begini, tarikh lahir beliau lebih penting daripada sambutan peristiwa penting lain. Ini satu penghinaan oleh pihak yang mengeluarkan kalendar sebegini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laman Facebook dinamakan Bebas Anwar yang menawarkan kalendar poket 2016 secara percuma kepada orang ramai yang berminat.

Dalam kalendar tersebut tertera dua tarikh dianggap paling pen­ting iaitu 10 Februari sebagai genap setahun Anwar dipenjarakan dan tarikh lahir beliau iaitu 10 Ogos.

Keng Liang memberitahu, beliau tidak kisah sekiranya untuk kegunaan sendiri tetapi apa yang dikesali, kalendar tersebut turut ditawarkan kepada orang ramai secara percuma.

Sehubungan itu, beliau mendesak pemimpin-pemimpin tertinggi PKR termasuk Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (Presiden), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presiden) dan Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden) supaya memberi penjelasan berhubung perkara itu.


 
 

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan