Gerakan bantu BN tangkis isu jejas perpaduan

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan terus berusaha memupuk kesedaran masyarakat umum terhadap kepentingan perpaduan antara kaum dengan mengajak masyarakat supaya tidak mengamalkan aktiviti politik melampau.

Setiausaha Agung parti itu, Datuk Liang Teck Meng berkata parti itu juga giat menangkis tohmahan dalam pelbagai isu semasa termasuk aktiviti politik melampau, yang jika dibiarkan akan memberi kesan negatif kepada perpaduan dan pembangunan sosio-ekonomi negara.

“Kami (Gerakan) sedar bahawa negara kita sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran yang bukan sahaja menjejaskan pembangunan sosio-ekonomi tetapi turut mengalih hala tuju pembangunan negara daripada haluan asal.

“Keadaan ini jika dibiarkan hanya mendatangkan kerugian besar kepada negara untuk jangka masa panjang,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Gerakan pada Isnin.

Mengenai Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 parti pada 17 dan 18 Okt di Pusat Konvensyen Setia City, beliau berkata 2,404 perwakilan akan menghadirinya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikannya pada 18 Okt.

Bertemakan ‘Gerakan Demi Masa Depan Negara’, persidangan itu antara lain akan membincangkan pelbagai aspek penting pembangunan negara termasuk langkah menangani isu polarisasi kaum yang semakin ketara, kata Liang.–Bernama





Source: 

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan