Kerajaan DAP P. Pinang lemah atasi banjir

PULAU PINANG 26 Sept. – Kerajaan DAP Pulau Pinang diselar kerana tidak mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah banjir termasuk di kawasan lereng bukit yang kerap berlaku kebelakangan ini.

Setiausaha Gerakan negeri, Oh Tong Keong berkata, selepas kejadian hujan lebat yang menyebabkan aliran deras air di kawasan lereng bukit menghasilkan air terjun berwarna keruh di Paya Te­rubong dua minggu lalu, kejadian sama berulang Rabu lepas.

Katanya, sikap lepas tangan ke­rajaan negeri itu dapat dilihat apabila hanya menghantar bebe­rapa pegawai untuk membuat pe­meriksaan.

“Selepas itu tiada langkah susulan diambil sedangkan penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran dilanda kebimbangan kerana air terjun yang mengalir deras itu mungkin boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh yang berbahaya kepada kediaman dan nyawa mereka,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian Rabu lalu, beberapa kawasan di Paya Terubong, Bukit Gambir dan Bayan Baru di sini dilanda banjir kilat selepas hujan lebat selama empat jam yang turut menyebabkan ribuan ken­deraan terperangkap.

Lebih membimbangkan penduduk di Paya Terubong dan Bukit Gambir, hujan lebat itu turut menyebabkan kejadian limpahan air berwarna perang dari atas bukit yang dipercayai berlaku akibat kerja-kerja pembersihan hutan yang tidak terkawal.

Sehubungan itu, Tong Keong mencadangkan kepada Kerajan DAP Pulau Pinang menubuhkan satu jawatankuasa bebas untuk menyiasat punca kejadian itu seterusnya memberi cadangan kepada kerajaan negeri tentang langkah yang boleh diambil.

Jawatankuasa berkenaan, kata beliau, harus terdiri daripada jabatan kerajaan berkaitan dan pakar alam sekitar untuk menilai kesan serta punca seterusnya me­ngatasi masalah banjir tersebut.

“Dulu jika hujan lebat, air yang mengalir dari atas bukit kelihatan jernih dan bukan seperti teh tarik. Kita tertanya-tertanya adakah kejadian itu berpunca daripada kerja-kerja pembersihan hutan yang tidak terkawal,” katanya.



Source: 

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan