Taman bandar ketiga RM1 juta

KUALA LUMPUR - Kira-kira 8,000 penduduk sekitar Taman Wahyu bakal menikmati kemudahan taman riadah yang dijangka siap penghujung Jun ini.

Taman mini yang juga merupakan taman bandar berkeluasan 1-08 hektar, terletak di Jalan Kuching itu, kini dalam perlaksanaan dan turut akan dibuka kepada orang awam.

Ahli Lembaga Penasihat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Wilson Lau Hoi Keong berkata, taman yang dibangunkan menerusi projek EcoSky itu dibiayai sepenuhnya oleh pemaju berkenaan setelah menandatangani perjanjian persefahaman dengan DBKL pada 1 April lalu.

Menurutnya, kerja-kerja penyelenggaraan juga adalah di bawah penyeliaan pemaju dalam tempoh tiga tahun selepas taman berkenaan dibuka kepada awam.
 
“Taman ini dijadikan sebagai taman angkat dan peruntukan sebanyak RM1 juta dibelanjakan.“Sebanyak 227 batang pokok yang meliputi pokok rendang, di taman oleh pemaju untuk membangunkan taman mini ini untuk kemudahan riadah orang awam, terutamanya kira-kira 948 keluarga di PPR Taman Wahyu, dan 600 keluarga di perumahan teras Taman Wahyu. 
 
"Ia tidak termasuk penduduk projek EcoSky yang dijangka siap sepenuhnya pada 2017,” katanya ketika lawatan ke taman itu, semalam. 
 
Projek berkenaan telah dimulakan sejak dua minggu lalu dan kini mencapai 5 peratus siap. 
 
Laluan pejalan kaki mengelilingi taman sejauh 2 kilometer juga disediakan untuk kemudahan orang ramai.
 
Dalam pada itu, jelas Wilson, menerusi projek itu ia bukan sahaja mampu mencapai sasaran untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar hijau namun secara tidak langsung menjimatkan peruntukan DBKL untuk sediakan kemudahan itu.
 
“Saya ucapkan terima kasih kepada EcoSky dan EcoWorld atas usaha ini. Kita juga akan minta jabatan landskap DBKL untuk beri nasihat dari masa ke semasa bagi menambah baik kemudahan sedia ada,” katanya.
 

Sementara itu, Penolong Pengarah (Landskap) Jabatan Landskap dan Rekreasi DBKL, Muhammad Hafiz Zainal berkata, projek taman mini itu merupakan taman angkat oleh pihak swasta yang ketiga di ibu negara. 

Ujarnya, terdapat dua lagi projek taman angkat masih dalam rundingan dan bakal dimulakan tahun depan.

“Projek taman angkat dimulakan sejak dua tahun lalu bermula di Jalan P. Ramlee oleh Standard Charterd, kemudian di Jalan Pinang.



Source: 

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan