Gerakan Selangor mengkritik DAP atas permintaan terhadap Timbalan Speaker Andy Yong: Permintaan DAP bercanggah Perlembagaan Negeri, ia bukan satu ganjaran politik

Kenyataan akhbar oleh

Setiausaha Negeri Gerakan Selangor

Andy Yong Kim Seng

1 Disember 2014

Setiausaha Negeri Gerakan Selangor, Andy Yong Kim Seng mengkritik Pengerusi DAP Selangor Tony Pua atas permintaan beliau terhadap satu lagi jawatan Timbalan Speaker diwujudkan untuk DAP di Selangor. Andy Yong yang turut merupakan Timbalan Ketua Pemuda Gerakan mengecam bahawa permintaan Tony Pua tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Negeri dan berpendapat bahawa beliau tidak betul dengan beranggapan bahawa jawatan Timbalan Speaker sebagai ganjaran kepada sokongan politik yang dicurahkan. Andy Yong mengingatkan bahawa ADUN Bangi Mohd Shafie Ngah telahpun dilantik sebagai Timbalan Speaker yang baru pada minggu yang lepas dan sememangnya tidak wujudnya peruntukan bagi tambahan jawatan Timbalan Speaker yang kedua sebagaimana yang dilobikan oleh DAP.

“Permintaan Pua secara jelasnya menunjukkan bahawa beliau tidak menghormati Perlembagaan Negeri kerana Artikel 71 2(A) telah menyatakan dengan jelas bahawa Dewan Undangan boleh melantik seorang daripada anggotanya sebagai Timbalan Speaker. Adalah tidak wajar jawatan Timbalan Speaker dianggap sebagai ganjaran politik atas sokongan politik. Kami berpendapat bahawa permintaan Pua sama seperti ejekan terhadap kewibawaan dan keluhuran Dewan Undangan Negeri Selangor,” kata Andy Yong.

Andy Yong menggesa Pua supaya mengkaji Peerlembagaan Negeri dengan secara teliti sebelum mengemukakan permintaan beliau. Beliau bimbang bahawa keangkuhan dan ketamakan DAP telah mengancam demokrasi prosedur Dewan Undangan Negeri Selangor. Beliau turut mengingatkan bahawa perlantikan Timbalan Speaker tidak boleh dijadikan sebagai tawar-menawar politik yang salah di sisi moral dan demokrasi.

 

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan