5,000 murid terima sumbangan kelengkapan sekolah - Parti Gerakan Rakyat Malaysia

5,000 murid terima sumbangan kelengkapan sekolah

TELUK INTAN 30 Nov. – Sebanyak 5,000 murid sekolah rendah di sekitar daerah ini menerima sumbangan berupa barangan kelengkapan sekolah oleh Ahli Parlimen, Datuk Mah Siew Keong.

Antara sekolah yang menerima sumbangan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) St Anthony, SK Horley Methodist, SK Sultan Idris 2, SK Raja Muda Musa, SK Seri Setia, SK Kampung Bahagia, SK Air Hitam, SK Changkat Jong dan SK Dato Laxamana Raja Mahkota.

Sumbangan tersebut disampaikan sendiri oleh Siew Keong kepada murid-murid dalam satu majis yang diadakan di Arena Square di sini baru-baru ini.

Siew Keong ketika ditemui berkata, pemberian tersebut merupakan sumbangan ikhlas beliau kepada murid-murid sekolah rendah seluruh kawasan Parlimen Teluk Intan untuk membolehkan mereka mengikuti pembelajaran seperti murid-murid lain, tanpa merasai sebarang perbezaan.

“Setiap murid perlu diberi keselesaan supaya mereka dapat belajar dengan baik terutamanya pakaian uniform untuk sentiasa kelihatan kemas.

“Sumbangan ini tidak mempunyai sebarang agenda apatah lagi memilih mana-mana penyokong parti politik kerana harapan saya adalah melihat anak-anak kita dapat me­lanjutkan pelajaran sehingga ke pe­ringkat universiti,” katanya kepada pemberita di sini.

Antara barangan keperluan yang disumbangkan itu termasuklah pakaian uniform, beg dan kasut sekolah.




Source: 

Search

Calendar

Top

Follow @partigerakan