Larian Hapuskan Rasuah Di Pulau Pinang Bulan Depan - Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Larian Hapuskan Rasuah Di Pulau Pinang Bulan Depan

GEORGE TOWN, 25 Ogos (Bernama) -- Wanita Gerakan Pulau Pinang akan menganjurkan Larian Hapuskan Rasuah di Stadium Olahraga Universiti Sains Malaysia di sini, 3 Sept ini.

 Ketua Wanita Gerakan negeri Rowena Yam berkata larian bertemakan 'Jangan Beri, Jangan Terima' itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tanpa mengira latar belakang dan peringkat umur untuk bersama-sama berikrar menolak perbuatan rasuah.

 "Kami membuka penyertaan kepada seramai mungkin yang berminat dan Pulau Pinang adalah negeri ketujuh menganjurkan larian ini selepas Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kedah," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

 Beliau berkata Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dijangka menyempurnakan pelepasan larian sejauh 3.5 kilometer dalam program yang dijadual bermula 7 pagi itu.

 Yam berkata setiap peserta bakal menerima sijil penyertaan dan perlu mengenakan baju-T putih sepanjang acara itu diadakan dan pendaftaran adalah percuma.

 Pertanyaan lanjut atau urusan mendapatkan borang boleh hubungi penganjur di talian 04-2280228.

 
 
 
 

 

Search

Calendar

Top

Follow @partigerakan