MIC perlu berhenti persoal kredibiliti Siew Kiong - Gerakan

MIC perlu berhenti mempersoalkan kredibiliti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Kiong yang ditugaskan untuk berkhidmat untuk komuniti India.
 
Naib Presiden Gerakan, Datuk A. Kohian Pillay yang dengan kecewa dengan tindakan itu menyifatkan perbuatan mempersoalkan pelantikan Presiden Gerakan itu yang akan bertanggungjawab menguruskan Penang Endowment Board, hal ehwal tanah dan  kebajikan kaum India boleh mengugat perpaduan serta bertentangan dengan 1Malaysia serta setiakawan Barisan Nasional.
 
"Kita kini berada di kurun-21 di mana globalisasi dan pembangunan ekonomi melangkaui batasan dalam semua aspek dan MIC harus berhenti melihat isu dalam aspek agama dan perkauman. 
 
"Seperti yang ditekankan oleh Setiusaha Agung Wanita Gerakan, Jayanthi, perspektif bukan rasis dan mentaliti harus diadaptasikan mengikut peredaran revolusi dunia semasa.
 
"Pelantikan Siew Kiong sebagai menteri merupakan bidang kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak seharusnya dipersoalkan lagi," katanya menerusi satu kenyataan media malam tadi dalam laman Facebook miliknya.
 
Tambah Kohilan, tiada sesiapa pun berhak untuk mendakwa mereka merupakan pejuang keramat dan sulung untuk agama dan bangsa sendiri, sebaliknya rakyat Malaysia perlu saling tolong menolong berdasarkan keupayaan masing-masing dan bukannya warna kulit.
 
Malah katanya, sebab kenapa Najib melantik Siew Kiong untuk menguruskan hal ehwal serta kebajikan kaum India adalah berdasarkan pengalaman cemerlang yang dimiliki Ahli Parlimen Teluk Intan itu dalam mengendalikan isu dan masalah komuniti India di kawasan Parlimen beliau.
 
"Gerakan sebagai parti pelbagai bangsa komited untuk berkhidmat dan memperjuangkan hak rakyat berbilang kaum tanpa mengambil kira warna kulit dan agama. 
 
"Kami sangat bangga kerana diberi penghormatan untuk berkhidmat kepada komuniti India. Selain itu, presiden kami sangat dikenali dan berpengalaman luas dalam mengenali isu yang dihadapi masyarakat India dan sokongan kaum terbukti berpihak kepada Siew Kiong pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan 30 Mei lepas," katanya.
 
Beliau berharap MIC dan Gerakan sebagai parti komponen BN bekerjasama sebagai satu pasukan dalam menegakkan semangat 1Malaysia ke arah kesejahteraan rakyat negara ini.
 

 

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan