BN ikrar jadi pembangkang berkesan di Pulau Pinang

Dilantik semula sebagai ketua BN Pulau Pinang walaupun berundur daripada jawatan itu selepas pilihan raya umum ke-13, ketua Gerakan negeri Teng Chang Yeow berikrar menjadikan gabungan itu pembangkang yang bertanggungjawab dan berkesan.
 
 
Beliau berkata akan mencadangkan pertemuan dengan kesemua anggota parti komponen, termasuk MCA, MIC dan Umno, selewat-lewatnya awal bulan depan bagi membincangkan rancangan di peringkat negeri.
 
 
Ini ekoran pelbagai parti komponen melantik kepimpinan baru mereka selepas pemilihan parti masing-masing tahun lalu.
 
 
Teng juga sudah melihat kepada pilihan raya umum ke-14, yang mesti diadakan sebelum 2018.
 
 
Beliau berkata kini mempunyai masa lebih lama untuk bersiap sedia tidak seperti 2012 apabila beliau kali pertama dilantik sebagai ketua BN negeri.
 
 
“Ketika dilantik kali pertama, saya ha nya mempunyai setahun dan beberapa bulan selepas pilihan raya umum pada Mei lepas,” katanya kepada Malaysiakini.
 
 
Beliau juga menolak dakwaan BN terlalu senyap selepas pilihan raya umum dan tidak membangkitkan sebarang isu atau berperanan sebagai pembangkang yang baik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.
 
 
 
 

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan