'Tunda kenaikan lesen perniagaan di S'gor'

Pemuda Gerakan mendesak kerajaan negeri Selangor menunda atau mengurangkan kenaikan lesen perniagaan yang mencecah 400 peratus sekalipun sekumpulan ahli perniagaan dan pengilang melakukan pelbagai cara membantah tindakan itu.

 Timbalan Ketua Pemudanya Andy Yong berkata kumpulan tersebut mengadakan sidang media dan protes bulan lalu, termasuk mengadu kepada pihak berkuasa tempatan di Subang Jaya, tetapi tiada maklum balas diterima.

 "Ini bukan soal politik tetapi keadilan kepada mereka yang berniaga terutamanya perniagaan kecil dan sederhana di mana kenaikan yang begitu mendadak langsung tidak diberi penjelasan dan notis," katanya dalam satu kenyataan.


 Andy berkata beliau difahamkan ramai peniaga lagi masih belum memperbaharui lesen perniagaan yang luput hujung 2013 dan amat berharap kerajaan negeri akan menurun atau menundakan kenaikan itu.

 Beliau yang juga setiausaha Gerakan Selangor menyifatkan cadangan Exco Selangor Datuk Teng Chang Kim untuk menubuh jawatankuasa rayuan bagi peniaga tidak berpuas hati ekoran kenaikan itu, sebagai "menyusahkan rakyat".


 "Mereka harus berulang-alik bagi perbuatan sedemikian dan tidak semestinya dapat pertimbangan.

Bantah yuran, kos lain

 

 "Wakil rakyat DUN Subang Jaya YB Hannah Yeoh juga ada membuat kenyataan bahawa kenaikan sedemikian adalah tidak adil, di akhbar Cina," katanya.

 Dalam kenyataan yang sama, Andy tidak bersetuju kenaikan yuran dan kos lain yang membebankan rakyat sebaliknya mereka diberi tempoh atau penjelasan sesuatu kenaikan dan tidak dibuat secara tergesa-gesa.

 Menurutnya lagi, tindakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya mewajibkan semua peniaga membeli pelekat “QR code” berharga RM5.00 untuk ditampal di premis perniagaan masing-masing, sebagai "tidak munasabah".

 Ini kerana, katanya, pelekat tersebut mempunyai maklumat yang sama dengan kandungan di lesen perniagaan yang perlu dipaparkan.

“Kos sesuatu pelekat QR code tersebut adalah kurang dari RM1.00, oleh yang demikian kami dapat membayangkan berapa keuntungan mereka.  

 "Pada pendapat saya, mungkin sampai masanya kita mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan seperti dahulu supaya integriti dan kepercayaannya ditentukan oleh rakyat sendiri,” kata Andy lagi.

 
 
 
 
 

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan