Misi Gerakan, kembalikan kepercayaan rakyat

KUALA LUMPUR, 26 Okt:   Misi Gerakan ialah menukar persepsi negatif rakyat dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan, kata Pemangku Presidennya Datuk Chang Ko Yun.

Gerakan mempunyai harapan penuh. Saya bimbang kami kehilangan beberapa perwakilan selepas PRU13 tetapi melihat kepada jumlah perwakilan yang bertanding jawatan untuk untuk menerajui parti ke arah baharu, kebimbangan saya ternyata salah, katanya semasa merasmikan persidangan perwakilan Pemuda dan Wanita Gerakan Kebangsaan di sini, Jumaat.

Beliau menambah pemimpin baharu Gerakan juga perlu membantu membuat perubahan persepsi umum terhadap pegawai kerajaan. Tangani isu rasuah, pendidikan, perumahan, trafik, keselamatan, perkhidmatan awam yang masih belum dapat diselesai (sepenuhnya) oleh kerajaan, katanya.

Generasi muda menjadi tidak sabar. Kita mesti mencari jalan untuk mengajak mereka kembali kapada pihak kita dengan membantu mereka menyelesaikan segala masalah yang melibatkan mereka, katanya.

Sementara itu Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe berkata bagi mengembalikan kepercayaan dan sokongan rakyat, Barisan Nasional (BN) perlu menangani isu rasuah. Suara rakyat yang mahukan perubahan dan komitmen kerajaan untuk membawa transformasi dalam pentadbiran kerajaan dengan menjadikannya telus, efisien dan kredibel perlu ditangani sekarang dan tidak menunggu hingga pilihan raya umum seterusnya, katanya.

Tan berkata Wanita Gerakan menerima cabaran untuk mengkaji kelemahan B Nserta melakukan perubahan drastik demi kelangsungan Gerakan terutama semasa pemilihan parti.

Masing-masing kira-kira 500 perwakilan Wanita dan Pemuda menghadiri persidangan sehari itu. -BERNAMA

Source: http://www.themalaysiantimes.com.my/misi-gerakan-kembalikan-kepercayaan-rakyat/

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan