Mah Siew Keong - Presiden Gerakan Baru

Kuala Lumpur - Bekas Setiausaha Agung Datuk Mah Siew Keong dipilih sebagai presiden Gerakan selepas menewaskan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Chang Yeow pada pemilihan parti itu.


Dalam pertandingan satu lawan satu, Mah memperoleh 1,086 undi manakala Teng hanya 577 undi.


Dalam pada itu, Pengerusi Gerakan Kedah, Dr Cheah Soon Hai dipilih sebagai timbalan presiden selepas mengalahkan pencabarnya iaitu Ketua Gerakan Bahagian Kepong, Ma Woei Chyi dengan majoriti 568 undi.


Cheah memperoleh 1,113 undi manakala Ma mendapat 545 undi.


Sementara itu, Teong Eng Tee, A. Kohilan Pillay dan Asharuddin Ahmad dipilih sebagai naib presiden.


Teong memperoleh 1,226 undi diikuti Kohilan (1,144) dan Asharuddin dengan 1,104 undi.


Pemilihan parti itu diadakan sempena Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-42 yang dihadiri oleh 1,679 perwakilan.


BARISAN KEPIMPINAN GERAKAN PENGGAL 2013-2016


Presiden: Datuk Mah Siew Keong

Timbalan Presiden: Dr Cheah Soon Hai

Naib Presiden: Teong Eng Tee, A.Kohilan Pillay, Asharuddin Ahmad

Source: http://berita.rtm.gov.my/index.php/utama2/615-mah-siew-keong-presiden-gerakan-yang-baru

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan