Mah Siew Keong dipilih Presiden GERAKAN yang baru

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong dipilih Presiden baru parti itu selepas menewaskan Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dengan majoriti 509 undi.


Wakil Melayu, Datuk Dr Asharuddin Ahmad turut memenangi satu daripada tiga kerusi Naib Presiden dalam pertandingan enam penjuru.

Turut dipilih sebagai Naib Presiden GERAKAN adalah anak lelaki bekas presiden parti itu, Tun Dr Lim Keng Yaik, iaitu Datuk Lim Si Pin.

 

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MahSiewKeongdipilihPresidenGERAKANyangbaru/Article/?mutakhir

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan