Mah Siew Keong menang jawatan presiden Gerakan

Bekas Setiausaha Agung Datuk Mah Siew Keong (gambar) dipilih sebagai presiden Gerakan selepas menewaskan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Chang Yeow pada pemilihan parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pertandingan satu lawan satu, Mah memperoleh 1,086 undi manakala Teng hanya 577 undi.

Keputusn pemilihan parti diumumkan oleh Pengerusi Gerakan Terengganu, Yap Kea Ping di Menara PGRM, Cheras.

Pemangku presiden Datuk Chang Ko Youn sebelum ini enggan mempertahankan jawatan itu.

Dalam pada itu, Pengerusi Gerakan Kedah, Dr Cheah Soon Hai dipilih sebagai timbalan presiden selepas mengalahkan pencabarnya iaitu Ketua Gerakan Bahagian Kepong, Ma Woei Chyi dengan majoriti 568 undi.

Cheah memperoleh 1,113 undi manakala Ma mendapat 545 undi.

Sementara itu, Teong Eng Tee, A. Kohilan Pillay dan Asharuddin Ahmad dipilih sebagai naib presiden.

Teong memperoleh 1,226 undi diikuti Kohilan (1,144) dan Asharuddin dengan 1,104 undi.

Pemilihan parti itu diadakan sempena Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-42 yang dihadiri oleh 1,679 perwakilan.

Persidangan tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Barisan kepimpinan Gerakan penggal 2013-2016

Presiden: Datuk Mah Siew Keong

Timbalan Presiden: Dr Cheah Soon Hai

Naib Presiden: Teong Eng Tee, A. Kohilan Pillay, Asharuddin Ahmad

Anggota Jawatankuasa Pusat (18 kerusi)

1. Ch'ng Boon Chye, 2. Lim Si Pin, 3. Ng Siew Lai, 4. See Tean Seng, 5. Dr Dominic Lau, 6. Liang Teck Meng, 7. G. Parameswaran, 8. Dr Ng Keong Chye, 9. Yap Kim Heng, 10. Lau Hoi Keong, 11. Vincent Hooi Wy-Hon, 12. Choong Vee Hing, 13. Baljit Singh, 14. Dr Thor Teong Gee, 15. Peter Pang En Yin, 16. Lau Chin Hoon, 17. Jayanthi Devi Balaguru, 18. Ng Chiang Chin. – Bernama, 26 Oktober, 2013.

Source: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mah-siew-keong-menang-jawatan-presiden-gerakan

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan