Mah tewaskan Teng untuk jadi presiden baru Gerakan

Pemangku Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Mah Siew Keong menewaskan pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Chan Yeow untuk menjadi presiden baru parti itu.

Mah memperolehi 1,086 undi manakala Teng mendapat 577 undi dalam pemilihan yang berlangsung hari ini.

Manakala Pengerusi Gerakan Kedah, Dr Cheah Soon Hai mengalahkan pengerusi bahagian Kepong, Ma Woei Chyi untuk jawatan timbalan presiden.

Dr Cheah mendapat 1,113 undi menakala Ma memperolehi 545 undi.

Seramai 39 calon bersaing untuk mengisi 18 kerusi ahli jawatankuasa pusat Gerakan. Calon yang menang adalah:


1.    Liang Teck Meng (1,302 undi)
2.    Dominic Lau Hoe Chai (1,280)
3.    Lau Hoi Keong (1,216)
4.    Jayanthi Devi Balaguru (1,176)
5.    Lau Chin Hoon (1,142)
6.    Lim Si Pin (1,071)
7.    Ng Chaing Chin (1,005)
8.    Peter Pang En Yin (1,009)
9.    Choong Vee Hing (987)
10.  See Tean Seng (970)
11.  Vincent Hooi Wy-Hon (954)
12.  Ng Siew Lai (939)
13.  Parameswaran Ganason (904)
14.  Baljit Singh Jigiri Singh (899)
15.  Dr Thor Teong Gee (868)
16.  Yap Kim Heong (875)
17.  Ch’ng Boon Chye (847)
18.  Dr Ng Keong Chye (763)

Source: http://www.malaysiakini.com/news/245015

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan