Keng Liang Ketua Pemuda baharu Gerakan

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Ketua Pemuda Gerakan negeri Kedah, Tan Keng Liang dipilih sebagai Ketua Pemuda Nasional yang baharu setelah berjaya menewaskan Oh Tong Keong .

Keng Lian yang berusia 36 tahun dan berprofesion peguam berjaya meraih 210 undi berbanding pencabarnya, Tong Keong yang juga merupakan Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan Negeri Gerakan Pulau Pinang yang mendapat sebanyak 165 undi.

Menurut Keng Lian, beliau berjanji akan melakukan perubahan secara menyeluruh bagi memperkasakan lagi parti tersebut.

"Selain itu, saya akan membantu Gerakan dan Barisan Nasional (BN) untuk memperbaiki imej parti dan memberi kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang," katanya dalam sidang akhbar selepas Persidangan Pemuda Gerakan 2013 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Andy Yong Kim Seng juga dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda Nasional baharu menewaskan pencabarnya, Teow Jit Meng dengan berjaya memperolehi 193 undi.

Sementara itu, Raja Muharimi Raja Muhamad, Eee Chin Oon dan Yap Wen Piau dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda Nasional baharu dengan masing-masing memperoleh undi sebanyak 354, 345 dan 205 undi. - UTUSAN ONLINE





Source: :
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131025/po_17/Keng-Liang-Ketua-Pemuda-baharu-Gerakan#ixzz2intLm4l4

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan