Tan Lian Hoe Tawar Diri Tanding Pengerusi Gerakan Perak

IPOH, 28 Sept (Bernama) -- Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe pada Sabtu menawarkan diri bertanding jawatan pengerusi negeri pada pemilihan parti 6 Okt ini.


Beliau berkata borang pencalonan telah dihantar ke pejabat Gerakan negeri hari ini.


"Sudah tiba masanya saya menggunakan pengalaman saya bagi menggalas tanggungjawab untuk membawa perubahan kepada parti," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.


Tan akan dicabar Ketua Gerakan Bahagian Gopeng Dr Lee Chee Peng pada pemilihan itu.


Pengerusi Gerakan Perak Datuk Chang Ko Youn, yang juga Pemangku Presiden Gerakan, sebelum ini mengumumkan tidak akan mempertahan jawatan pengerusi parti di peringkat negeri pada pemilihan akan datang.


Source: http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/po/newspolitics.php?id=981367

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan