Lian Hoe tawar diri tanding Pengerusi Gerakan Perak

IPOH 28 Sept. - Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe hari ini menawarkan diri bertanding jawatan pengerusi negeri pada pemilihan parti 6 Oktober ini.

Beliau berkata borang pencalonan telah dihantar ke pejabat Gerakan negeri hari ini.

"Sudah tiba masanya saya menggunakan pengalaman saya bagi menggalas tanggungjawab untuk membawa perubahan kepada parti," katanya ketika dihubungi di sini.

Lian Hoe akan dicabar Ketua Gerakan Bahagian Gopeng Dr Lee Chee Peng pada pemilihan itu.

Pengerusi Gerakan Perak Datuk Chang Ko Youn, yang juga Pemangku Presiden Gerakan, sebelum ini mengumumkan tidak akan mempertahan jawatan pengerusi parti di peringkat negeri pada pemilihan akan datang. - BERNAMA

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130928/po_07/Lian-Hoe-tawar-diri-tanding-Pengerusi-Gerakan-Perak

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan