Perutusan Deepavali 2011 Oleh Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon Presiden Parti Gerakan

Diibaratkan sebagai Pesta Cahaya, Deepavali melambangkan kemenangan yang baik ke atas kejahatan, cahaya ke atas kegelapan. Nilai dan prinsip yang ditegaskan oleh kaum Hindu semasa merayakan Deepavali adalah bersesuaian kepada semua orang, kerana ia mempunyai banyak nilai persamaan sebagaimana yang digalakkan oleh agama-agama yang lain.

Saya percaya bahawa Deepavali akan menerangi perjalanan kita ke arah Wawasan 2020 melalui pelbagai program transformasi untuk mencapai sebuah masyarakat yang harmoni dan aman dengan pendapatan yang lebih tinggi dan juga kualiti hidup yang lebih baik kepada semua.
Lebih-lebih lagi, Deepavali telah memberi peluang kepada komuniti Hindu untuk berinteraksi sesama sendiri dan juga jiran serta kawan yang terdiri daripada kaum dan agama yang lain demi berkongsi kegembiraan mereka atas semangat kekitaan yang dirasai bersama. Sesunguhnya inilah merupakan apa yang ditekankan dalam semangat 1Malaysia.

Berhadapan dengan ketidakpastian dan pergolakan dunia, adalah penting bahawa kita di Malaysia terus mengamalkan kesederhanaan dan keterangkuman supaya kita dapat mengekal dan memperkukuhkan fabrik sosial untuk bergerak ke depan secara bersama.
Akhirnya, bagi pihak Parti Gerakan, saya ingin mengucapkan Deepavali Valthukkal kepada semua warganegara Malaysia dan berharapan bahawa cahaya daripada Deepavali akan membawa kita ke arah masa depan yang lebih terang dan baik.

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan