Majlis Rumah Terbuka Perayaan Deepavali Parti Gerakan Rakyat Malaysia 2011 Kenyataan Akhbar YB Senator A. Kohilan Pillay Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Parti Gerakan Rakyat Malaysia akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Perayaan Deepavali pada : 

Tarikh   : 30hb Oktober 2011 (Ahad).

Masa  : 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Tempat : Dewan Wawasan, Menara PGRM, Cheras , Kuala Lumpur.  

Menurut A. Kohilan, Naib Presiden Parti Gerakan, acara tahunan Parti Gerakan ini lebih meriah pada tahun ini kerana sambutan tahun ini lebih bercorak konsep 1 Malaysia. Kami menjangkakan lebih 2000 rakyat Malaysia akan menyertai Rumah Terbuka tahun ini. 

Majlis ini juga bakal diserikan oleh Menteri & Timbalan Menteri Kabinet, Pesuruhjaya Tinggi, NGO serta Pemimpin Parti Gerakan. Program seumpama ini merupakan satu wadah untuk mengeratkan hubungan ramah mesra selaras dengan perjuangan Parti Gerakan “Gerak Bersama Rakyat”. Parti Gerakan juga mengalu-alukan semua rakyat Malaysia menghadiri bersama ke Rumah Terbuka Hari Deepavali Parti Gerakan Rakyat Malaysia 2011, kata A. Kohilan juga Timbalan Menteri Luar Negeri.

Rumah terbuka ini memberi peluang kepada pemimpin bertemu rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang politik. Sekali lagi Parti Gerakan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia. Jadikanlah sambutan ini lebih bermakna dan menghayatinya bersama. 

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan