RANGKA PELAN PEMATUHAN KOMPREHENSIF UNTUK SESI PEMBUKAAN SEKOLAH

RANGKA PELAN PEMATUHAN KOMPREHENSIF UNTUK SESI PEMBUKAAN SEKOLAH

DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

JUN 25, 2020


Kuala Lumpur, 29 Jun - Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula hasrat Kementerian Pendidikan untuk membuka semula sesi persekolahan kepada semua pelajar dalam tempoh terdekat. Malah perlu merangka pelan pematuhan yang komprehensif untuk semua pelajar dan guru untuk dipatuhi sepanjang aktiviti persekolahan.

“Kerajaan perlu mengambil kira keberkesanan pematuhan SOP yang dijalani sebahagian pelajar baru-baru ini untuk dijadikan rujukan dan panduan untuk pelaksanaan pembukaan sekolah semua sesi pada masa akan datang.”

“Banyak perkara perlu dipertimbangkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah. Antaranya aktiviti dan kegiatan pelajar di dalam dan di luar kelas. Semua aspek pencegahan termasuk penjarakan sosial, penggunaan hand sanitizer dan topeng muka perlu dipergiatkan untuk mengelakkan mereka daripada dijangkiti.”

Beliau berkata demikian dalam kenyataanya hari ini.

Pelan pematuhan tersebut perlu merangkumi tahap kawalan dan pencegahan semua pelajar bawah 12 tahun menjalani sesi persekolahan dengan pengamalan norma baharu yang berkesan.

Oleh itu, pembukaan semula sekolah dalam kalangan pelajar bawah 12 tahun itu perlu penyusunan pelan yang bersepadu supaya mereka dapat meneruskan pengajian seperti biasa dan dilindungi dari jangkitan wabak terbabit”

Biarpun cadangan itu dilihat rumit untuk dipraktikkan, namun kerajaan harus mempertimbangkannya jika kementerian berhasrat untuk berbuat demikian setelah membenarkan sesi persekolahan untuk pelajar peperiksaan awam dan pengoperasian semula tadika, taska dan pra-sekolah yang dijadualkan untuk dibuka dua hari lagi.

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan