KAWAL PERGERAKAN PEKERJA ASING DALAM INDUSTRI

KAWAL PERGERAKAN PEKERJA ASING DALAM INDUSTRI

DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

MEI 22, 2020


Kuala Lumpur, 22 Mei - Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyarankan kawalan pergerakan perlu diperketatkan dalam kalangan pekerja asing. Tindakan ini bagi mengelakkan berlakunya penularan pandemik kluster warga asing bertambah menjelang perayaan Aidilfitiri ini.

Memandangkan Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia semalam mencatatkan seramai 35 pesakit baru daripada kluster Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyarankan supaya kerajaan mempertimbangkan tindakan kawalan yang lebih ketat dalam kalangan warga asing. Contohnya seperti minimumkan bilangan pekerja asing dalam sektor perindustrian dan menyegerakan serta mewajibkan saringan kesihatan dalam kalangan mereka.

“Biarpun jumlah pesakit tempatan semakin berkurangan, kawalan dan langkah pencegahan tetap perlu diperkasakan untuk membendung berlakunya gelombang kedua dalam negara.”

“Manakala majikan perlu memberi kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menggalakkan pekerja warga asing melakukan 'swab test' sejajar dengan saranan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri yang mahu semua warga asing disaring dalam semua sektor bulan lalu. Oleh itu, saringan ini perlu disegerakan sebelum tamat tempoh PKPB.”

Beliau berkata demikian dalam kenyataanya hari ini.

“Selain itu, kerajaan juga perlu mempertimbangkan agar mengurangkan jumlah pekerja asing dan syorkan penjawatan mereka diganti dengan rakyat tempatan yang mengganggur. Sekaligus dapat menjana pendapatan rakyat.”

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai percaya dengan adanya beberapa kawalan tersebut masalah lambakan warga asing juga dapat dikurangkan pada masa yang sama. Oleh yang demikian, kerajaan harus mempertingkatkan kawalan dan mempergiatkan semua majikan bekerjasama dalam membantu kerajaan memutuskan rantaian pendemik ini.

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan