PRK Tanjung Piai : Gerakan akan umum keputusan

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Gerakan akan membuat keputusan sama ada meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Tanjung Piai selepas melepasi tiga peringkat dalaman parti itu.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, tiga peringkat itu adalah biro politik, Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dan Jawatankuasa Pusat (CC) Gerakan.

“Kita juga hendak dapatkan maklumat terperinci dahulu dan dalam masa sama kita ingin mengetahui maklum balas rakyat terutamanya pengundi di Tanjung Piai dengan situasi politik semasa baru buat keputusan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dominic berkata, pucuk kepemimpinan parti itu bersetuju dengan penurunan had umur ahli kepada 16 tahun.

“Kita setuju umur itu direndahkan sehingga 16 tahun tetapi bukan hanya resolusi umur sahaja, kita pun hendak pastikan pemuda dan wanita Gerakan bersiap sedia menghadapi cabaran yang dihadapi oleh golongan muda hari ini,” jelasnya.

Source: http://bit.do/fa9uB

 

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan