Berita baik iktiraf UEC - Gerakan - Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Berita baik iktiraf UEC - Gerakan

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Gerakan mengalu-alukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan sektor perkhidmatan awam negeri itu.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, pengumuman itu adalah berita baik dan parti itu sentiasa memberikan sokongan untuk sijil tersebut diiktiraf di seluruh negara.

“Maksudnya, seperti di Pulau Pinang walaupun kerajaan negeri itu mengumumkan pengiktirafan UEC tetapi mereka tidak boleh menggunakan terus sijil itu menjadi kakitangan kerajaan negeri, sebaliknya mereka hanya boleh pergi ke syarikat (bernaung) di bawah kerajaan negeri sahaja.Namun begitu, beliau berharap pengumuman itu tidak menjadi sia-sia seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

“Jadi ini adalah perbezaan besar, sama ada hendak menerima bekerja di bawah syarikat kerajaan negeri atau bekerja terus dengan kerajaan negeri? Kita juga mengalu-alukan jika universiti yang dibina di bawah Kerajaan Negeri Sabah, mereka boleh terus menggunakan sijil UEC sebagai syarat sah memasuki universiti tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Negeri, Pemuda dan Wanita Wilayah Persekutuan di Ibu pejabat Gerakan di sini hari ini.

Yang turut hadir bekas Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Penasihat parti, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Semalam, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal membuat pengumuman mengenai pengiktirafan UEC itu dan jelasnya terdapat sembilan sekolah atau institusi pengajian yang menawarkan UEC di negeri itu.

Katanya, pada masa ini terdapat 1,153 pelajar di peringkat rendah dan 583 di peringkat tinggi dan mereka menduduki dua peperiksaan. 

Source: http://bit.do/fa8gY

Search

Calendar

Top

Follow @partigerakan