Minta maaf sajalah Ching Tong - Gerakan

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong didesak meminta maaf kepada rakyat dan pihak media berhubung kenyataannya bahawa kursus pendidikan negara China boleh diteruskan tanpa perlu usaha menambah baik.

Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menegaskan, berdasarkan bukti yang diperoleh iaitu rakaman percakapan Chin Tong, Pengerusi DAP Johor itu seharusnya bertanggungjawab di atas kenyataan itu dan tidak menuduh pihak media atas alasan tersilap petik.

Walaupun bersetuju universiti tempatan perlu memberi tumpuan kepada pendidikan politik, ekonomi, pertahanan, polisi luar dan masyarakat dalam kontemporari China, namun Dominic berpendapat pelajar juga perlu tahu lebih banyak tentang sejarah peradaban China.

“Sekiranya anda tidak memahami bahasa, budaya, politik, ekonomi dan sejarah pendidikan China, bagaimana untuk mempelajari politik, ekonomi dan pendidikan kontemporari? China yang kita lihat hari ini adalah hasil daripada perkembangan dinasti sejak 5,000 tahun lalu.

“Malaysia juga mempunyai hubungan baik dengan China sejak sekian lama. Selain menjadi negara ASEAN pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan negara Tembok Besar itu, Malaysia juga mempunyai kursus pendidikan China terbaik selain China, Hong Kong dan Taiwan.

“Hal demikian kerana kita menggunakan bahasa yang sama, boleh memahami dan mempercayai antara satu sama lain serta telah pun menjadi rakan dagangan dalam pelbagai sektor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dominic turut menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak menyalahkan atau menyaman pihak media sekiranya laporan yang diterbitkan bertentangan dengan kepentingan mereka.

Katanya, pihak media sebagai institusi profesional melalui pelbagai lapisan pengesahan sebelum sesuatu berita diterbitkan,

“Sejak PH memegang tampuk pentadbiran, mereka telah menyalahkan media dalam pelbagai isu termasuk terjemahan Bahasa Melayu-Cina dalam isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), laporan Bloomberg dan pelbagai isu lain,” katanya.

Source: https://bitlylink.com/Qlneo

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan