Lindungi Bumiputera hanya jadikan mereka 'jaguh kampung' - Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Lindungi Bumiputera hanya jadikan mereka 'jaguh kampung'

KUALA LUMPUR 28 Mei - Kaedah yang diamalkan Malaysia dalam melindungi pelajar-pelajarnya khusus dalam kalangan kaum Bumiputera hanya akan menjadikan mereka sebagai 'jaguh kampung'.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau berkata, kaedah itu juga bakal menyediakan pelajar terbabit dengan pelbagai masalah terutamanya ketika berdepan dengan cabaran serta persaingan yang diwujudkan oleh globalisasi.

Tegas beliau, hanya melalui persaingan sihat serta polisi terbuka negara mampu menghasilkan masyarakat berdaya saing dan tidak gentar kepada cabaran.

“Di bawah perisai perlindungan, walaupun ramai pelajar berjaya memasuki universiti mereka hanya boleh menjadi jaguh kampung sahaja.

“Bagaimana mereka (Bumiputera) mampu bersaing dengan gelombang globalisasi, dengan pelajar dari negara lain secara lebih menyeluruh,” soalnya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Source: https://bitlylink.com/EtbiO

Search

Calendar

Top

Follow @partigerakan