Hapuskan semua polisi diskriminasi

KUALA LUMPUR 27 Mei -Perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini mampu diperkukuhkan sekiranya polisi-polisi berbentuk diskriminasi dihapuskan seperti sistem kuota.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau berkata, walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan selama 62 tahun namun masalah perpaduan masih menjadi isu yang memeningkan pemimpin kerajaan.

Ujarnya, lebih memeritkan perpaduan ketika ini dilihat semakin buruk dan semua ini berlaku akibat daripada wujudnya polisi berbentuk diskriminasi yang banyak di negara ini.

“Kami perlu mengakui kebanyakan daripada polisi ini tinggalan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan oleh sebab perkara ini juga Gerakan yang pernah berada dalam komponen mereka tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Gerakan kalah segala-galanya, kami kemudian bermuhasabah dan mengambil keputusan untuk berdiri bersama rakyat dengan meninggalkan BN sehingga menjadi parti yang bebas di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Source: https://bitlylink.com/sZejG

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan