Gerakan persoal biasiswa pelajar Palestin

KUALA LUMPUR 23 Mei – Parti Gerakan membidas pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kesediaan kerajaan menyediakan biasiswa kepada pelajar Palestin di peringkat ijazah, sarjana muda dan doktor falsafah di 12 buah universiti terkemuka di negara ini.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, perkara itu nyata mengecewakan pelajar tempatan yang cemerlang namun masih gagal mendapatkan sebarang bentuk biasiswa dari kerajaan.

Dominic bagaimanapun menegaskan Gerakan tidak membantah hasrat tersebut yang bakal menyaksikan penyediaan dana pembiayaan sebanyak RM11.48 juta.

“Ketika ini, pembiayaan biasiswa tahunan yang diberikan kepada pelajar tempatan tidak cukup bagi memuaskan hati semua pihak. Jika kerajaan boleh menyediakan RM11.4 juta kepada pelajar Palestin dan adalah lebih baik jika jumlah pelajar tempatan menerima biasiswa ditingkatkan.

“Mengapa perlu kita mempelawa sumber yang terhad kepada pelajar luar? Adakah pelajar kita tidak cukup bagus,” soalnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir berkata, kerajaan bersetuju untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar Palestin bagi melanjutkan pengajian di 12 universiti terkemuka di Malaysia melalui Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM).

Source: https://bitlylink.com/99c7n

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan