Gerakan dakwa pembinaan lapangan terbang di Kulim bakal jejaskan Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 14 Mei ― Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim akan melumpuhkan ekonomi Pulau Pinang.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata, Kedah sepatutnya memperbesarkan Lapangan Terbang Alor Setar daripada membina lapangan terbang yang baru.

“Dengan lapangan terbang Kulim yang moden dan lebih baru, ia satu persaingan. Ekonomi Pulau Pinang akan terjejas.

“Cadangan pembinaan LRT dan lebuh raya di bawah pelan induk pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) akan menjadi gajah putih.

“Dengan masalah ekonomi, tiada keperluan PTMP atau LRT lagi ekoran pelabur yang tidak lagi berminat,” katanya.

Tong Keong pada masa berkata, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang berkemungkinan besar menerima nasib seperti Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Source: http://bit.do/eSrwG

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan