Kerajaan PH perlu hapuskan matrikulasi - Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Kerajaan PH perlu hapuskan matrikulasi

KUALA LUMPUR 13 Mei - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu berani untuk menghapuskan program matrikulasi sebagai permulaan pentadbiran yang adil kepada semua kaum dalam matlamat membina Malaysia baharu.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Hau Loe Chai berkata, langkah itu dilihat bertepatan dengan situasi semasa dan ia perlu dilakukan bagi menghentikan layanan tidak adil terhadap pelajar bukan bumiputera dalam negara.

“Satu kesilapan sekiranya kerajaan mencampur aduk dasar pendidikan negara dengan kepentingan parti. Hal itu dapat dilihat menerusi alasan yang kerajaan PH akan dilihat sebagai anti Melayu sekiranya menghapuskan program matrikulasi.

“Pemimpin DAP perlu bersuara terhadap perkara ini memandangkan mereka pernah mengkritik sistem kuota program matrikulasi. Hentikan rakan komponen mereka daripada membuat dasar berasaskan kepentingan parti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dominic turut menggesa kerajaan PH untuk menyeragamkan sistem peperiksaan bagi kemasukan ke universiti di bawah Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Tambahnya, kerajaan PH juga masih gagal untuk memenuhi tuntutan kaum bukan Melayu dan bumiputera selain sering memberi alasan sama ketika melakukan pusingan U dalam polisi tertentu. 

Source: https://bitlylink.com/6zbW1

Search

Calendar

Top

Follow @partigerakan