Beri pertimbangan ganti program matrikulasi - Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Beri pertimbangan ganti program matrikulasi

KUALA LUMPUR 7 Mei- Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu memberi pertimbangan untuk menghapuskan program matrikulasi dan menyeragamkan peperiksaan kemasukan universiti dalam ujian tunggal di bawah Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga sepatutnya perlu menerima kritikan dan permintaan termasuk melaksanakan sistem berasaskan merit yang lebih adil dan telus.

Katanya, ini kerana isu berkaitan program matrikulasi turut mendapat perhatian segelintir orang Melayu yang menyifatkan sistem berkenaan sebagai sesuatu yang tidak adil.

“Tidak salah bagi pelajar yang layak mendapatkan tempat dalam program matrikulasi dengan kecemerlangan akademik dan gred yang diperoleh dari ujian tunggal di seluruh negara.

“Sistem yang lebih adil dan telus dalam program matrikulasi akan memberi manfaat kepada negara. Kerajaan PH harus melaksanakan pendekatan bukan perkauman di dalam penggubalan dasar dan tadbir urus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr. Mahathir semalam yang berkata program pra universiti itu dibuat bagi memudahkan pelajar Melayu memasuki universiti.

Source: https://bitlylink.com/nghIK

Search

Calendar

Top

Follow @partigerakan