SJKT Ladang Tun Dr Ismail tidak ditutup malah akan dibina bangunan baru Kenyataan daripada YB Liang Teck Meng Ahli Parlimen Simpang Renggam

Mengenai laporan berita yang disiarkan pada 25hb Mei 2012 mengenai ‘PIBG SJKT Ladang Tun Dr Ismail akan mengadakan perarakan ke pejabat Parlimen Simpang Renggam mengenai isu SJKT TDI ditutup’, YB Liang Teck Meng, Ahli Parlimen Simpang Renggam  menegaskan bahawa ini adalah satu kenyataan yang tidak benar dan telah diungkit oleh pihak tertentu.

“Pihak kami tidak berniat mahu menutup sekolah tersebut sebaliknya sedang membantu pihak sekolah untuk mendapatkan tanah baru seluas 3 ekar yang berlokasi di tepi Jalan Johor daripada Sime Darby untuk pembinaan bangunan baru SJKT TDI.” kata Liang Teck Meng.

Liang berkata, “Sebaik sahaja sekolah baru dibina, sekolah sediada yang jauh di pendalaman estet akan ditutup. Kami berasa amat terkilan dan kecewa mengapakah kenyataan isu ini tidak disampaikan dengan lenkap dan telah menimbulkan kesalahfahaman.”

“Pihak Sime Darby telah bersetuju untuk menyediakan tapak baru untuk sekolah dan pihak kami telahpun memohon peruntukan sejumlah RM4 juta daripada YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena lawatan beliau ke kawasan Parlimen Simpang Renggam pada bulan Mac tahun ini.”

“Pada hakikatnya, pihak kami telah menyalurkan peruntukan berjumlah hampir RM30,000.00 dalam bentuk ‘Tunai’ kepada PIBG sekolah bagi 4 tahun yang lalu untuk membantu sekolah tersebut.” kata YB Liang dalam satu kenyataan.

“Oleh sedemikian ia adalah tidak benar mengatakan bahawa pihak kami ingin menutup sekolah tersebut.”

Pihak MIC Bahagian Simpang Renggam dan pihak kami sama-sama mempunyai misi dan matlamat yang sama iaitu membantu semua penduduk termasuk masyarakat India di Simpang Renggam. Pihak kami akan terus memberikan kerjasama sepadu kepada semua pihak yang sedia membantu.

Gurubesar SJKT TDI, En Nadarajen yang hadir di Pusat Khidmat juga berkata: “YB Liang telah banyak membantu sekolah kami bukan sahaja dari segi peruntukan, tetapi beliau juga sangat prihatin tentang nasib sekolah ini supaya murid-murid dapat belajar di sebuah sekolah yang lebih selesa dan terjamin.”

Beliau terus berkata: “Saya berharap YB Liang boleh terus membantu sekolah kami pada masa yang akan datang”.

Search

Calendar

Gerakan Matters

Top

Google+
Follow @partigerakan