Gaji minimum: Dasar u-turn PH

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Keputusan kerajaan untuk mengkaji semula kadar gaji minimum mengikut sektor pekerjaan sekali lagi menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan sentiasa mengamalkan dasar pusingan U.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, tindakan itu juga jelas menampakkan pengurusan yang dilaksanakan kerajaan ketika ini tidak mempunyai pemahaman dan perancangan yang tersusun.

Menurutnya, pelaksanaan gaji minimum berasaskan kepada sektor juga dilihat akan mendorong negara ke arah kegagalan mencapai tahap gaji minimum sebanyak RM1,500 seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH.

“Sebelum ini, mereka (PH) berhasrat untuk menetapkan gaji minimum pada tangga RM1,500 yang akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.

“Sebaliknya, dasar gaji RM1,100 yang dilaksanakan sejak bulan lalu akan diteliti semula jelas menunjukkan kerajaan PH tidak konsisten dan gagal melindungi pekerja berpendapatan rendah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isnin lalu, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, kajian semula kadar gaji minimum mengikut sektor pekerjaan yang dicadangkan sebelum ini akan dimulakan dalam masa terdekat sebelum satu kadar baharu diperkenalkan dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

Source: https://goo.gl/awBjC2

 

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan