Hubungan Malaysia-China perlu dipulihkan

KUALA LUMPUR 23 Feb.- Malaysia perlu mengambil pendekatan serius memulihkan hubungan luar dengan negara China dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau berkata, hubungan tersebut penting selepas kaji selidik Bloomberg dan pakar meramalkan kejatuhaan kejatuhan ekonomi dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Selain itu katanya, ramalan pertumbuhan ekonomi terkini juga tidak melebihi 4.5 peratus dan pertumbuhan ekonomi pada tahun lalu lebih perlahan berbanding tahun 2017 ekoran faktor politik.

“Menurut kaji selidik Bloomberg, banyak ahli ekonomi dalam dan luar negara telah menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi untuk negara kita. Pada masa yang sama, penyelidikan Bank Pembangunan Asia (ADB) menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi kita pada tahun 2018 jauh lebih perlahan berbanding pada tahun 2017, kebanyakannya disebabkan faktor politik domestik.

“Semua jenis data menunjukkan bahawa prospek ekonomi kita adalah suram, oleh kerana itu, sebagai Menteri Kewangan, Lim Guan Eng perlu melaksanakan tugasnya, menghentikan politik dengan terus menyerang bekas kerajaan yang hanya akan menyebabkan rakyat menderita,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Source: https://goo.gl/CGQWFg

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan