Bina rumah: Kerajaan PH tunjuk bukti dahulu

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) jangan hanya sekadar menabur janji populis untuk membina sejuta unit rumah mampu milik dan rumah kos rendah dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Sebaliknya Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominnic Lau dalam satu kenyataan berkata, kerajaan PH perlu menunjukkan bukti terlebih dahulu dengan kemampuan mereka dalam mengembalikan keyakinan rakyat.

“Sebelum ini jika dilihat, kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor mengenakan sekatan lebih banyak dan lambat bertindak mengenal pasti tanah kosong yang berpotensi untuk membangunkan rumah mampu milik.

“Kadar premium tanah Selangor juga ditetapkan sama kepada kerajaan persekutuan dan pemaju swasta. Selain itu kelulusan khas juga tidak diberikan untuk mempercepat pembinaan rumah ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Zuraida semalam yang menegaskan, pihaknya telah mengenal pasti lokasi 100,000 unit kediaman mampu milik yang akan dibina pada tahun ini.

Dalam pada itu Dominic turut mempersoalkan kemampuan kerajaan PH untuk membina lebih 60,000 unit rumah kos sederhana dan rendah pada harga antara RM50,000 sehingga RM70,000.

“Saya berharap PH tidak menokok tambah bilangan projek yang sememangnya telah ada sebelum ini bagi menunjukkan kemampuan mereka dalam memenuhi sasaran yang ditetapkan,” jelasnya.

 

Source: https://goo.gl/FxdzvE

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan