Guna aset kerajaan galak penyelewengan

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu memberi kelonggaran kepada anggota Kabinet menggunakan aset kerajaan bakal memberi implikasi buruk termasuk berlakunya penyelewengan harta awam pada proses pilihan raya akan datang.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau berkata, kenyataan tersebut juga seolah-olah adanya pengecualian bagi mengurus kewangan kerajaan dalam melaksanakan proses pilihan raya.

Sehubungan itu , beliau menggesa SPR menimbang semula keputusannya untuk memberi kelonggaran dan mengambil tindakan yang perlu dalam memastikan pilihan raya bersih dan adil serta dilaksanakan dengan mengikut sistem demokrasi.

“Kod etika SPR dengan jelas menyatakan bahawa kenderaan milik kerajaan tidak boleh digunakan untuk tujuan kempen. Adalah tidak adil jika mereka (anggota Kabinet) boleh menggunakannya.

“Adakah kenyataan terkini oleh SPR salah mentafsirkan kod etika? Ini mungkin membuka pintu untuk kesalahan yang sama pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun hari ini yang membenarkan anggota kabinet menggunakan aset kerajaan jika ia berhubung kait dalam soal keselamatan.

 

Source: https://goo.gl/JK5BLK

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan