KENYATAAN BERBAUR PERKAUMAN HANYA AKAN MENGUNDANG KEBENCIAN RAKYAT

KENYATAAN BERBAUR PERKAUMAN HANYA AKAN MENGUNDANG KEBENCIAN RAKYAT

 KENYATAAN AKHBAR OLEH

PRESIDEN NASIONAL GERAKAN

DATUK DR DOMINIC LAU HOE CHAI 

29 JANUARI 2019

 

Presiden Nasional Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mengecam kenyataan yang dibuat oleh Puad Zarkarshi kelmarin yang mengatakan MCA dan Gerakan harus memberi ruang kepada UMNO untuk bertanding di kerusi yang mempunyai peluang kemenangan dan jangan bersikap terlalu besar kepala.

“Saya ingin mengingatkan Puad bahawa Gerakan bukan berada di bawah Barisan Nasional.Oleh itu, atas apa hak beliau boleh memberi arahan kepada kami supaya berbuat demikian. Ini adalah sebuah negara demokrasi yang memberi hak untuk memilih kepada semua.”

Datuk Dr Dominic meneruskan bahawa kenyataan Puad ini membuktikan bahawa ramai bekas pemimpin masih tidak mencerminkan diri selepas kekalahan PRU-14 dan sedar bahawa kenyataan berbaur perkauman seperti inilah yang menjejaskan nasib parti komponen BN pada masa itu.

“Kekalahan yang dialami oleh BN adalah kerana semua rakyat, tak kira Melayu, Cina, India dan lain-lain bertindak menolak parti BN kerana mereka sudah bosan dengan gelagat sesetengah pemimpin yang sering mengunakan isu perkauman bagi meraih undi. Rakyat kini lebih berminat tentang isu kebangsaan seperti isu ekonomi dan kos sara hidup yang semakin menghimpit kehidupan mereka.”

“Akhir sekali, jika Puad betul-betul berpendapat dengan membuat kenyataan yang berbaur perkauman ini boleh mendatangkan undi dan kemenangan, beliau tidak akan kalah pada PRU-13 dan BN masih gagal memenangi kerusi Parlimen Batu Pahat pada PRU-14 meskipun ia adalah kerusi majoriti Melayu.”

“Saya berharap semua pemimpin akan menghentikan kecenderungan mengeluarkan kenyataan perkauman kerana ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap mereka.”

Search

Calendar

Gerakan Matters

Top

Google+
Follow @partigerakan