Gerakan gesa mantapkan hubungan minyak sawit Indonesia, Thailand

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Kerajaan digesa memantapkan kerjasama dengan negara pengeluar minyak sawit seperti Indonesia dan Thailand supaya proses perundingan terhadap larangan dan prejudis bahan komoditi itu oleh Kesatuan Eropah (EU) dapat dilaksanakan segera.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau berkata, nilai gabungan eksport minyak sawit ke EU oleh ketiga-tiga negara sahaja mencecah 4.3 bilion euro (RM20.2 bilion) iaitu bersamaan sebanyak 74 peratus daripada keseluruhan import minyak sawit oleh kesatuan tersebut manakala, baki 26 peratus adalah dari negara lain.

Tegasnya, melalui proses perundingan tersebut dapat meningkatkan kuasa tawar-menawar terhadap gergasi kesatuan ekonomi di dunia itu.

“Selain itu, penerokaan pasaran baharu adalah penting untuk memastikan keberkesanan sektor komoditi kita seperti dengan Filipina, Pakistan dan Vietnam kerana gabungan eksport ketiga-tiga negara ini sudah menyaingi China. Sebagai contoh, eksport ke Filipina sahaja meningkat daripada 429,411 tan pada 2016 kepada 454,332 tan (2017).

“Kita juga berharap supaya hubungan bilateral dengan China mesti diperbaiki kerana negara itu masih kekal sebagai salah satu negara utama yang mengimport minyak sawit dari Malaysia. Sekiranya, hubungan perdagangan dengan China semakin teruk boleh memberi impak secara langsung yang besar terhadap eksport minyak sawit negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Sourcehttps://goo.gl/iYfHWZ

Search

Calendar

Top

Google+
Follow @partigerakan