BN gagalkan aspirasi Malaysia Baharu - Parti Gerakan Rakyat Malaysia

BN gagalkan aspirasi Malaysia Baharu

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands disifatkan sebagai menggagalkan aspirasi Malaysia Baharu di bawah Pakatan Harapan (PH).

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau berkata, kekalahan PH dalam PRK itu juga dianggap tepat pada masanya selain memberi petanda kepada kerajaan baharu terhadap prestasi buruk yang dicatatkan sejak kebelakangan ini.

“Kini, kerajaan PH perlu bekerja keras membuktikan kepada rakyat bahawa mereka masih mempunyai komitmen dan kemampuan sama untuk memerintah negara sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam PRK Parlimen Cameron Highlands semalam, BN mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan majoriti besar iaitu 3,238 undi.

Calon BN, Ramli Mohd. Nor mendapat 12,038 undi menewaskan calon PH, M. Manogaran yang mendapat 8,800 undi.

Source: https://goo.gl/r1jtje

Search

Calendar

Top

Follow @partigerakan