Menurut Timbalan Presidennya, Oh Tong Keong, dalam konteks di negeri ini misalnya, data daripada Perkeso menunjukkan seramai 1,429 orang kehilangan pekerjaan setakat November lalu dengan 643 mereka terpaksa mengambil skim pemisahan sukarela (MMS).

Tambah beliau, trend kehilangan pekerjaan dalam kalangan rakyat itu adalah sesuatu yang nyata dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak lagi boleh menyalahkan kerajaan Pusat kerana mereka kini daripada kerajaan sama.

“Kerajaan PH perlu berhenti untuk kelihatan populis dan mengambil tindakan tidak konsisten yang turut mendorong kepada peningkatan kos sara hidup dan kehilangan pekerjaan dalam kalangan rakyat.

“Adakah ini hadiah tahun baharu yang 2019 yang mahu diberikan kerajaan PH kepada rakyat?” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Tong Keong yang juga Pengerusi Gerakan negeri, kerajaan PH juga memperlihatkan seolah-olah situasi ekonomi negara di atas kertas kelihatan baik dan memberangsangkan.

Sedangkan, tegas beliau, tindakan itu tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat yang tidak merasai manfaatnya apabila mereka terus berdepan kos sara hidup yang tinggi serta gaji yang tidak meningkat. - UTUSAN ONLINE

 

Source : https://goo.gl/8qFDch